Quick Case > KEMAS Gerakkan PLF 2026-2030 : Dari 3M ke Sifar Keciciran Digital Luar Bandar
Quick Case > KEMAS Gerakkan PLF 2026-2030 : Dari 3M ke Sifar Keciciran Digital Luar Bandar
Source: AI Generated Infographic
Penulis: Norliza Mohammad Basiron
Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS bukan lagi sekadar kelas membaca, menulis dan mengira. PLF kini perlu bergerak lebih jauh, focus kini beralih daripada pembasmian buta huruf kepada pemerkasaan komuniti luar bandar melalui literasi Bahasa dan literasi digital. Transformasi ini digariskan melalui Kerangka PLF 2026-2030 yang menggabungkan Kemahiran asas 3M, Bahasa Inggeris asas dan literasi digital sebagai teras Baharu Pendidikan komuniti.
SITUASI
Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS telah dilaksanakan sejak tahun 1970-an bagi membantu komuniti luar bandar, khususnya golongan dewasa yang kurang literasi atau tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal, menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Keperluan masyarakat luar bandar kini tidak lagi terhad kepada 3M. Mereka turut memerlukan kemahiran Bahasa Inggeris asas, literasi digital, akses kepada perkhidmatan kerajaan secara dalam talian serta pengetahuan untuk mengelakkan risiko penipuan digital.
PENDEKATAN
KEMAS mencadangkan Kerangka Pendidikan Literasi Fungsian 2026–2030 sebagai pendekatan bersepadu yang menggabungkan tiga teras utama: literasi asas 3M, literasi Bahasa Inggeris asas dan literasi digital praktikal. Kerangka ini menyasarkan komuniti dewasa berliterasi rendah, B40, luar bandar, komuniti rentan, belia di luar sistem pendidikan formal serta komuniti pedalaman Sabah dan Sarawak.
Modul PLF baharu merangkumi kekeluargaan, ekonomi dan keusahawanan, sivik dan moral, kesihatan dan keselamatan, alam sekitar, teknologi digital serta bahasa dan budaya.
Pelaksanaan tahun 2026 melibatkan pemilihan tenaga pengajar tempatan, promosi kelas, saringan awal peserta, penyediaan bahan bantu mengajar dan bengkel orientasi. Kelas dilaksanakan melalui tiga tahap pembelajaran dengan penilaian selepas setiap tahap, disusuli pengukuhan literasi, penilaian keberkesanan, hari graduasi dan laporan keseluruhan.
HASIL
Transformasi ini dijangka membantu peserta mengurus kehidupan harian dengan lebih yakin, mengakses maklumat dan perkhidmatan kerajaan secara dalam talian, mengurangkan risiko penipuan digital serta membuka ruang penyertaan dalam ekonomi digital dan aktiviti komuniti yang lebih produktif.
Transformasi ini menyokong usaha mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, sejajar dengan aspirasi RMK-13 dan pembangunan komuniti berdaya saing.
PENGAJARAN UTAMA
Transformasi PLF KEMAS ialah langkah strategik untuk memastikan pendidikan literasi luar bandar terus relevan dalam era moden. Daripada fokus asal kepada 3M, PLF kini diperluas kepada literasi bahasa dan literasi digital supaya komuniti luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan, teknologi dan ekonomi digital negara.
Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah, Persekutuan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Dr. Norliza Mohammad Basiron ialah seorang penjawat awam dengan lebih 18 tahun pengalaman profesional dalam pembangunan komuniti dan tadbir urus sosial. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Antropologi dan Sosiologi, dengan penyelidikan kedoktoran yang menumpukan pada kepimpinan wanita Peribumi dalam pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia. Kerjanya mengintegrasikan pandangan antropologi dengan pelaksanaan dasar dan program di peringkat akar umbi. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam mereka bentuk, melaksanakan dan menilai program berasaskan komuniti di peringkat kebangsaan dan sub-nasional, dengan penekanan khusus pada keibubapaan positif, penjagaan awal kanak-kanak, pemerkasaan wanita dan daya tahan sosial.