TENTANG KAMI
MY RURAL INSIGHT
Platform Ilmu Strategik Pembangunan Desa dan Wilayah
MY RURAL INSIGHT (MRI) merupakan platform penerbitan ilmu dan pengurusan pengetahuan strategik di bawah ThinkTank@KKDW yang diterajui oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Platform ini diwujudkan sebagai medium rasmi untuk mendokumentasikan, menerbitkan dan menyebarluaskan pengalaman, hasil penyelidikan, kajian kes serta amalan terbaik pembangunan desa dan wilayah di Malaysia.
Selaras dengan aspirasi YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, MY RURAL INSIGHT dibangunkan bagi memperkukuh budaya ilmu dan pengurusan pengetahuan dalam sektor pembangunan luar bandar. Inisiatif ini memastikan setiap pengalaman pelaksanaan program kerajaan tidak hanya direkodkan sebagai laporan teknikal, malah diterjemahkan kepada penerbitan yang mudah diakses, dirujuk dan dimanfaatkan oleh pelbagai pihak berkepentingan.
Platform ini menghimpunkan kandungan yang berasaskan bukti, pengalaman lapangan dan dapatan penyelidikan daripada kementerian, jabatan serta agensi di bawah KKDW. Setiap penerbitan dihasilkan melalui proses editorial yang sistematik bagi memastikan kandungannya berkualiti, relevan dan memberi nilai tambah kepada pembangunan dasar, pelaksanaan program dan pembangunan komuniti.