Quick Case > Eksplorasi Pembangunan Infrastruktur Jalan Luar Bandar
Quick Case > Eksplorasi Pembangunan Infrastruktur Jalan Luar Bandar
Source: AI Generated Infographic
Penulis: Dr. Hamizah Abdul Fattah
Jaringan perhubungan jalan raya merupakan keperluan ameniti sosial penting bagi merangsang ekonomi setempat dan berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Kajian ini mengeksplorasi pelaksanaan projek JALB dan JPD melalui kerangka dimensi meliputi kualiti kehidupan, visualisasi, ancaman dan penghijrahan penduduk.
PENGENALAN
Pembangunan infrastruktur jalan raya di kawasan luar bandar memacu transformasi sosio-ekonomi penduduk.
Kajian ini menyelusuri ringkas bagaimana aksesibiliti laluan fizikal menghubungkan kebolehsampaian yang memudahkan kehidupan manusia.
Kerancakan aktiviti perniagaan, pertanian dan aktiviti pemasaran serta tarikan pelancongan membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk
Tempias pembangunan infrastruktur mempengaruhi nilai hartanah sekitar bagi jajaran jalan pembangunan infrastruktur
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) adalah peneraju pembangunan infrastruktur luar bandar
KUALITI KEHIDUPAN
Ketersediaan jaringan jalan raya yang efisien dengan penyelenggaraan berkala membantu mengurangkan masa perjalanan dan kos logistik bagi hasil pertanian.
Tahap pendapatan meningkat 12.18% melalui hasil pertanian, perniagaan dan pemasaran produk desa
Kemudahan penyampaian infrastruktur jalan yang lengkap dan berkesan menawarkan peluang pekerjaan dan prospek perniagaan termasuk kemudahan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kepada penduduk luar bandar
Melonjak aktiviti ekonomi pertanian dengan penggunaan mesin jentolak dan mesin-mesin pertanian yang memudahkan aksessibiliti
Nilai hartanah bagai jajaran jalan yang terlibat juga meningkat sebanyak RM10,000 ekar bergantung kepada nilai pasaran dan aktiviti ekonomi setempat
VISUAL PEMANDANGAN
Reka bentuk infrastruktur yang unik, seperti Jambatan Bailey di Ranau, memberikan impak estetika yang dominan apabila digabungkan dihayatai Bersama dengan alam semulajadi sekitar. Visualisasi yang harmoni ini mampu mewujudkan sentimen psikologi yang mendamaikan dan memberikan ketenangan kepada pengguna jalan raya
Rekabentuk unik struktur fizikal jambatan Bailey bersama keindahan alam sekitar menarik perhatian visual pemandangan setempat
Projek JPD melibatkan projek berskala kecil dengan penggunaan material tar bitumen di Semenanjung Malaysia dan permukaan konkrit di Wilayah Persekutuan Labuan
ANCAMAN PEMBANGUNAN
Walaupun kemudahan infrastruktur memberi kemudahan dan manfaat kepada penduduk, ancaman pembangunan seperti kestabilan struktur tanah yang memungkinkan gelinciran tanah di kawasan cerun (Ranau) dan ancaman banjir akibat pembangunan pesat
PENGHIJRAHAN
Kemudahan jalan yang disediakan menjadi daya tarikan atau tolakan yang memungkin kebarangkalian penduduk berpindah masuk atau keluar
Namun, infrastruktur yang lengkap bertindak sebagai "faktor penarik" yang mengurangkan kadar migrasi keluar ke bandar, malah menggalakkan trend kepulangan atau masuk ke luar bandar melalui kemudahan ameniti sosial yang lengkap dan selesa
Penyelidik Pembangunan Luar Bandar · Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
Hamizah Binti Abdul Fattah adalah penyelidik dalam bidang persekitaran buatan manusia (built-environment) yang merangkumi perancangan bandar dan wilayah, perumahan dan rekabentuk seni bina bagi fungsi dan aktiviti manusia. Berkhidmat di Pejabat KKDW Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sejak tahun 2024. Fokus kajian terdahulu adalah perumahan sosial yang menyelusuri faktor mempengaruhi mobiliti penduduk. Ia merupakan subset dalam konteks migrasi yang menjadi dilema pembangunan luar bandar akan trend aliran penduduk luar bandar ke bandar.