Current Journal > Penilaian Pelaksanaan Pelan Pemerkasaan Subjek Sains (PPSS) Bagi Meningkatkan Pencapaian Pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Current Journal > Penilaian Pelaksanaan Pelan Pemerkasaan Subjek Sains (PPSS) Bagi Meningkatkan Pencapaian Pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Penulis: Zulkifli Hussain @ Mat Hassan, Harris Shah Abd Hamid, Anitawati Mohd Lokman
ABSTRAK
Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam Fizik, Kimia dan Biologi menunjukkan trend mendatar sebelum tahun 2022, mencerminkan keperluan kepada intervensi pedagogik yang bersepadu dan sistematik di sekolah sains terpilih. Kajian ini bertujuan (i) menghuraikan dan membandingkan pencapaian akademik SPM pelajar MRSM sebelum dan selepas pelaksanaan Pelan Pemerkasaan Subjek Sains (PPSS), (ii) menilai persepsi guru terhadap keberkesanan inisiatif PPSS, dan (iii) mengenal pasti faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan berdasarkan pandangan guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran sekuential. Data kuantitatif merangkumi rekod prestasi SPM longitudinal (2003–2024) dan soal selidik guru (n = 420), manakala analisis tematik digunakan bagi data kualitatif daripada lebih 336 respons terbuka guru. Trend Gred Purata Maktab (GPM) pelajar menunjukkan peningkatan yang jelas dan konsisten merentas Fizik, Kimia dan Biologi dari 2022 hingga 2024 berbanding plateau sebelumnya. Penyediaan radas makmal sains dan papan pintar dikenal pasti sebagai inisiatif paling berimpak. Analisis tematik menghasilkan enam tema cadangan guru, dipimpin oleh keperluan mengurangkan beban pentadbiran (n = 128) dan menambah bilangan guru sains (n = 102). PPSS menunjukkan keberkesanan sebagai program intervensi STEM bersepadu yang berasaskan data. Dapatan menyediakan panduan empirikal kepada penggubal dasar, pemimpin sekolah, dan pendidik dalam mereka bentuk program STEM yang mampan di institusi sains terpilih.