Current Journal > Transformasi Pendidikan Literasi Fungsian KEMAS: Dari 3M Ke Literasi Bahasa & Literasi Digital Komuniti Luar Bandar
Current Journal > Transformasi Pendidikan Literasi Fungsian KEMAS: Dari 3M Ke Literasi Bahasa & Literasi Digital Komuniti Luar Bandar
Penulis: Norliza Mohammad Basiron, Anitawati Mohd Lokman, Raseeda Hamzah
ABSTRAK
Pendidikan literasi fungsian merupakan antara inisiatif utama dalam pembangunan luar bandar di Malaysia dan menjadi asas kepada usaha pembasmian buta huruf yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Sejak pelaksanaan PLF program ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dikalangan komuniti luar bandar. Namun demikian perubahan lanskap sosial, ekonomi dan teknologi pada masa kini menuntut pendekatan literasi yang lebih menyeluruh bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan negara. Artikel ini bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan Program Pendidikan Literasi Fungsian KEMAS yang telah dilaksanakan sejak tahun 1970an. Kajian ini menggunakan pendekatan analsis data sekunder berdasarkan dapatan Kajian Keberkesanan Program Pendidikan Sepanjang Hayat: Pendidikan Literasi Fungsian yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program literasi fungsian berjaya meningkatkan kemahiran literasi asas peserta serta memberi impak positif terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan sosial komuniti. Walau bagaimanapun, keperluan masyarakat luar bandar tidak lagi terhad kepada penguasaan 3M semata-mata, sebaliknya turut melibatkan kemahiran Bahasa Inggeris asas dan penggunaan teknologi digital. Sehubungan itu, artikel ini menghuraikan transformasi program melalui pengenalan Kerangka PLF 2026-2030 sebagai kerangka pembangunan literasi yang lebih komprehensif bagi memperkukuhkan pendidikan sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat luar bandar. Kerangka ini diharapkan dapat memperluaskan fungsi program literasi daripada pembasmian buta huruf kepada pemerkasaan komuniti melalui literasi bahasa dan literasi digital selaras dengan keperluan pembangunan negara.