Current Journal > Transformasi Paradigma TVET Luar Bandar: Analisis Empirikal Program JELITA dan Jurang Output-Outcome dalam Kerangka RMK-12
Current Journal > Transformasi Paradigma TVET Luar Bandar: Analisis Empirikal Program JELITA dan Jurang Output-Outcome dalam Kerangka RMK-12
Penulis: Rossly Salleh, Saidatul Rahah Hamidi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai instrumen pemerkasaan ekonomi wanita luar bandar melalui program Job Empowerment and Learning for Inclusive and Transformation Advancement (JELITA). Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui analisis empirikal terhadap data pemantauan program bagi tempoh Februari 2024 sehingga Januari 2025 yang melibatkan 386 peserta daripada 64 kursus latihan. Analisis memfokuskan kepada lima dimensi utama iaitu input, proses, output, outcome dan impak sosioekonomi peserta. Dapatan kajian menunjukkan program mencapai kadar kehadiran dan pensijilan melebihi 99%, di samping peningkatan ketara dalam tahap pengetahuan dan aplikasi kemahiran peserta. Walau bagaimanapun, kajian turut mendapati wujud jurang antara pencapaian output latihan dengan outcome ekonomi akibat kekangan ekosistem luar bandar seperti akses pasaran, infrastruktur digital dan jaringan industri. Sehubungan itu, kajian ini mengemukakan pendekatan “Simbiosis Ekonomi JELITA” dan konsep “Silikon Desa” sebagai model pembangunan ekonomi luar bandar berasaskan integrasi rantaian nilai dan ekosistem digital desa bagi memperkukuh agenda pembangunan inklusif dalam kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).