Current Journal > Eksplorasi Pembangunan Infrastruktur Jalan Luar Bandar Terhadap Penduduk
Current Journal > Eksplorasi Pembangunan Infrastruktur Jalan Luar Bandar Terhadap Penduduk
Penulis: Hamizah Abdul Fattah, Mohd Firdauz Mohd Fathir, Mohd Naim Norman, Ahmad Hafarizam Abdul Halim
ABSTRAK
Jaringan jalan merupakan keperluan ameniti sosial yang penting dalam kehidupan harian penduduk. Ketersediaan jalan raya merangsang ekonomi setempat dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi, manakala ketiadaannya menyukarkan aksessibiliti fizikal. Kajian ini bertujuan untuk menerokai impak pembangunan infrastruktur jalan luar bandar terhadap persepsi dan kehidupan penduduk setempat. Kajian menggunakan reka bentuk analisis data sekunder melalui pendekatan analisis dokumen dan kandungan terhadap laporan, kajian lepas serta data projek JALB dan JPD. Penemuan menunjukkan atribut kualiti kehidupan, visualisasi infrastruktur, ancaman pembangunan dan penghijrahan penduduk memberi kesan langsung dan tidak langsung ke atas pelaksanaan pembangunan infrastruktur. Oleh itu, polisi dan perancangan strategik diperlukan bagi memaksimumkan manfaat kepada penduduk serta menambahbaik garis panduan pembangunan termasuk penyaluran dana peruntukan infrastruktur jalan luar bandar.