Current Journal > Penilaian Hasil dan Impak Program Pembangunan Infrastruktur atau Prasarana Luar Bandar: Satu Analisis Strategik
Current Journal > Penilaian Hasil dan Impak Program Pembangunan Infrastruktur atau Prasarana Luar Bandar: Satu Analisis Strategik
Penulis: Roslan Mahmood, Kahirol Mohd Salleh
ABSTRAK
Pembangunan luar bandar merupakan agenda strategik negara bagi menjamin keseimbangan pembangunan dan kemampanan sosioekonomi. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menilai secara komprehensif prestasi, hasil dan impak Program Pembangunan Infrastruktur atau Prasarana Luar Bandar di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam kerangka Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 dan Aspirasi Malaysia MADANI. Dengan mengguna pakai reka bentuk penyelidikan kajian kes bagi menilai secara mendalam pelaksanaan, hasil dan impak Program Pembangunan Infrastruktur atau Prasarana Luar Bandar, data dikumpul menggunakan teknik triangulasi yang merangkumi analisis dokumen, temu bual separa berstruktur, dan pemerhatian secara langsung ke tapak projek. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan signifikan secara tekal dalam Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia bagi domain jalan raya, bekalan elektrik, dan air bersih bagi tempoh 2021 dengan unjuran sehingga sasaran 2026. Analisis secara kualitatif membuktikan bahawa ketersediaan prasarana yang lengkap dan canggih bertindak sebagai pemangkin utama dalam mitigasi migrasi luar bandar serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui dimensi keselamatan, keselesaan, dan kesejahteraan subjektif. Implikasi kajian ini mencadangkan kepentingan integrasi teknologi pintar dan pengukuhan tadbir urus kolaboratif antara agensi bagi menjamin kelestarian impak sosioekonomi luar bandar yang lebih inklusif.