Year 2025 > Kajian Keberkesanan Kursus Asas Homestay Tahun 2022-2023 Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Year 2025 > Kajian Keberkesanan Kursus Asas Homestay Tahun 2022-2023 Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Penulis: Aimannasuha M., Zahari M.A., Tuan Ismail T.I., Mohd Amir M.A., & Hamidi S.R.
ABSTRAK
Kajian ini menilai impak Kursus Asas Homestay yang dilaksanakan pada 2022–2023 terhadap pengusaha homestay di Malaysia. Walaupun program ini telah berjalan, masih tiada penilaian sistematik mengenai perkembangan pengetahuan dan kemahiran peserta, kekurangan data peningkatan pendapatan selepas enam bulan pendaftaran dalam Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM), serta ketiadaan maklumat kesan limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.