Year 2025 > Indeks Kesejahteraan Psikologi Penjawat Awam Di Malaysia
Year 2025 > Indeks Kesejahteraan Psikologi Penjawat Awam Di Malaysia
Penulis: Azizan N., Omar A.F., Muhamad Yusof M.A., Mehat N.D., & Hamidi S.R.
ABSTRAK
Kesejahteraan psikologi komuniti merupakan faktor penting dalam menjamin tenaga kerja yang produktif dan berkesan. Namun, kajian berkaitan kesejahteraan psikologi dalam kalangan penjawat awam, khususnya yang berkait rapat dengan kesejahteraan komuniti dan kesihatan mental, masih terhad. Kajian ini bertujuan menilai tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam berdasarkan lima domain utama: emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, fungsi psikologi, dan kesejahteraan sosial.